Monday 4 January 2016

~Monday Blues~

Musim cuti dah berakhir..Seperti biasa jika mahu hidup mesti kerja..hihihi..hari isnin memang hari yang paling bluesssss..hahaha..Masih mood cuti lagi..zzZzzz

Hari ini opis masih nampak kosong and sunyi..ramai yang masih cuti2 lagi..Aku seperti biasa kalau tiada kerja, aku tengok pc and pc pun tengok aku.. kalau pc ni pandai cakap dah lama dia cakap "boring dah tengok muka kau ech"..hahaha..

Hari ini tak tahu nak tulis apa..cuma nak share satu puisi yang deep sangat maksudnya. Aku amat gemar dengan semua nukilan dari sisQowiy..u alls boleh join group sisqowiy di telegram..best sangat baca hasil karyanya..Semua nukilannya sampai ke lubuk hatiku paling dalam..:-)

*Utamakan CintaNya*

Kau lupa utama cinta pertama,
Pada Tuhan yang Maha Esa,
Hingga utama cinta manusia,
Yang bisa lupa mencintaiNya,

Kau setia mencintai manusia,
Namun kau lupa setia padaNya,
Lalu jiwa rasa kecewa akhirnya,
Dek kerna kecurangan manusia,

Jiwa sering dalam kelukaan,
Membawa dunia kesedihan,
Kau tak bisa untuk bangkit,
Dari hatimu yang luka perit,

Setialah dulu mencintaiNya,
Dari setia mencintai manusia,
Agar kau bisa merasa kesetiaan,
Mencintai hanya kerana Tuhan,

Didiklah hati mencintaiNya,
Moga tiada kekecewaan,
Agar terbiasa utamakanNya,
Dalam sebuah erti kesetiaan.

#PuisiSisQowiy

'Jika cinta pada manusia itu tidak berbalas, Tuhan itu sentiasa ada untuk membalas' Pilihlah DIA sebagai tempat pertama cinta kita. Kerana cinta DIA itu tidak berpenghujung. Percayalah...





#LuvFromHeaven
#LuvFrom Palopo


No comments:

Post a Comment