Wednesday 10 February 2016

~SediH~

Assalammualaikum..

Hari ini, baru ada kekuatan sikit untuk menulis dalam blog ini....'writting can relief myself'.....

Tanggal 27.1.2016 (rabu) 17 Rabiul Akhir 1437 adalah tarikh keramat dalam familyku. Tarikh ini sangat memilukan dan menyedihkan dalam hidupku. Sedihnya tidak boleh dibandingkan dengan sedih time gagal exam,sedih time putus cinta,sedih kehilangan barang penting dalam hidup,tapi kesedihan ini hanya orang-orang yang pernah mengalaminya saja yang akan faham erti kesedihan ini. Begini pula rasanya. 

Empat bulan sebelum ini aku telah ditinggalkan oleh orang yang teramat aku sayang. Tapi sekurang-kurangnya dia masih hidup di muka bumi ini. ketika itu memang aku sedih,kecewa,down sangat. Selepas 3 bulan lebih aku mula happy semula walaupun hatiku masih lagi sakit. Tetapi di saat aku mahu bangkit dari kesedihan ditinggalkan, Allah uji aku dengan kesedihan yang lagi dasyat di mana Allah tarik orang yang betul-betul penting dalam hidupku. sebelum ini Allah tarik lelaki yang sangat aku sayang tapi dia masih boleh ku lihat lagi dan selepas itu Allah tarik terus lelaki yang paling penting dalam hidupku. Sesungguhnya sehingga saat ini aku masih menangis dan menagis merindui lelaki penting itu. sakit hanya Allah yang tahu. Banyak perkara lagi aku belum buat dan tunaikan untuk lelaki itu. Sepatutnya tahun ini kami pergi ke Tanah Suci tapi dia pergi menghadap Allah dulu. Lelaki ni pernah berkata padaku dia akan pergi menghadap Allah selepas tanggungjawabnya untuk menjadi wali kepadaku selesai tetapi Allah lagi menyayanginya. Rupanya sambutan tahun baru 2016ku bersamanya adalah sambutan kali terkahir. Senyumnya,tawanya,suara garaunya,nasihatnya sehingga sekarang masih tergiang-giang ditelingaku. Dia adalah lelaki paling terbaik dalam hidupku dan tidak akan ada sama dengan mana-mana lelaki di dunia ini.

Walaupun bapa telah tiada di dunia ini, doa kami akan sentiasa ada untukmu disana sehingga akhir hayatku,mama dan adik2. kami sentiasa merasakan bapa sentiasa ada disisi kami sebab bapa sentiasa ada dalam hati kami sampai bila-bila.  Bapa memang lelaki paling terbaik dalam hidup kami. Bapa pergi sebarang tanda,kata dan tanpa seorang pun kami di sisi bapa. Bapa tahu, jika bapa pergi dengan kami ada di sisi bapa tidak akan tenang jalan sebab kami belum bersedia lepaskan bapa pergi dari hidup kami. Semuanya hanya pinjaman sementara, terima kasih yang Allah pinjamkan bapa yang sangat baik untuk kami.

"Ya Allah, tempatkan arwah bapaku di golongan orang yang beriman,terimalah segala amalannya, ampunkan segala dosanya walaupun sekecil zarah, jauhkanlah dia dari api nerakaMU dan tempatkanlah dia disyurgaMU" Aamiin...

Sesungguhnya kami redha walaupun Engkau tarik dia di kala kami belum bersedia lepaskannya. Semoga Engkau sentiasa melindunginya. Terpisahlah sudah kami dengan bapa untuk selamanya hanya doa dan bacaan ayat suci Al-Quran yang mampu kami kirimkan di saat ini. Pa i miss u so muchhh.....

Bapa 'Andi Nordin bin Lawasa' Tenang dan Damailah Disana......Terima Kasih Ya Allah atas pinjaman yang teramat-amat berharga ini.  Kami sayang bapa tapi Allah swt lagi sayangkan bapa.







Sekali lagi Allah uji aku, sekembali aku ke kk selepas dua minggu berada di sandakan, keretaku tak boleh on. Rupanya Betry kong...sudahlah sekarang tahun baru cina, kedai pun masih tutup lagi..terpaksa lah aku terperap dalam rumah tak tahu mahu minta tolong dengan siapa. Kawan-kawanku pun masih sibuk bercuti dan balik kampung. sabar sajalah...ujiannnnnn yang tak tahu bila akan berakhir. Hadapi dengan senyuman dan yakinlah disebalik semua ini pasti ada sesuatu yang baik menyusul kemudian.

Aku sering membisikkan dalam hatiku "Allah uji tanda Allah sayang, Allah tarik sebab Allah mahu gantikan dengan perkara yang lagi baik", ayat ini lah yang membuatku kuat sampai sekarang. Semoga Allah tabahkan hatiku menghadapi cabaran dan ujian ini.

Oh Allah! When I am down, remind me that Your love for me is greater than my disappointments and Your plans for me are better than my dreams...~luv u till jannah Pa...huhuhu

"hargailah Ayah anda selagi masih ada, terus terangku katakan betapa sakitnya kehilangan seorang ayah"........ 

"Life must go on..Time is running turn to Allah , before the end".....


#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo