Wednesday 30 December 2015

~hiking Bukit Perahu~

Assalammualaikum..

hi world, Alhamdulillah hari ini cuaca baik sangat. Sesuai lah kalau mahu keluar ronda-ronda. Hari ini nak kongsi pengalaman hiking kat Bukit Perahu Tamparuli. Cara nak pergi tempat ni senang saja : masuk pekan tamparuli - lalu jambatan tamparuli - dewan serbaguna tamparuli - n then jumpa sign board St. Veronica's Hill macam dalam gambar pertama saya share - mula hiking... Kalau tak jumpa juga paling senang tanya ja penduduk kampung kat situ..hahaha

Jika anda peminat  hiking saya cadangkan hiking  di Bukit Perahu. kalau dikatakan mencabar bagi saya taklah mencabar sangat tapi lagi best berbanding bukit padang.

kami memulakan hiking jam6.30pagi. Sepatutnya mahu tengok sunrise tapi disebabkan ada member yang bangun lambat maka sunrise say good bye lah..hahah...tak apa next time ada lagi...hihi..Kami sampai di puncak Bukit Perahu lebih kurang jam7.40am. Rupanya atas sini sejuk gilaaa...jadi dinasihatkan jangan  pakai pakaian nipis sangat.

Okey seperti biasa, jom lihat fotonya..:-p

Sebelum hiking gambar dulu. Sini permulaan Pendakian Bukit Perahu

pastikan pakai kasut yang sesuai. Time naik memang tak terasa sangat tapi time turun jalan licin sangat


muka masih bersemangat lagi...hoho

tanda-tanda mau 'give up' sudah tu baju purple..hahaha

Baru separuh bukit perahu

bendera Sabah Tanah Airku tu paling penting. ini puncak bukit perahu

View dari puncak bukit perahu

ini aktiviti wajib..LOMPATTT!!!hahaha

tired gilaaa..

we can do it!!!yeahhh
time to back...

ACCEPT YOURSELF, LOVE YOURSELF..:)

#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory

Tuesday 29 December 2015

~paragliding~

Assalammualaikum..

Hi worlds...Alhamdulillah masih diberi nafas lagi pada hari ini..dunia ini hanya sementara maka gunakan lah sebaik-baiknya untuk menempuh dunia yang sebenar kelak..banyakkan beramal.~takzkirah dulu~;-)

Teringat memory waktu buat aktiviti paragliding..ok saya nak kongsi pasal benda ni kat korang..best sangat..tak rugi join..Kos around RM180-200 tidak termasuk kos pengangkutan or makan.

~Throwback~
Pada pertengahan November tahun ini, saya telah join aktiviti paragliding di Lohan Valley Ranau. Tempat tu memang awesome sangat.. Dalam Sabah memang banyak tempat-tempat yang indah+menarik dan sini adalah salah satu daripadanya..nanti u alls tengok foto ia.

Nak pergi tempat ni mudah saja. berhampiran dengan kompleks sukan ranau cuma naik bukit dan mesti guna kenderaan 4wd baru dapat naik atas..Untuk orang luar sabah yang berminat pergi ke tempat ni kenalah berhubung terus dengan penganjur paragliding sabah. Actually, ada dua tempat boleh buat paragliding samada di lohan valley ranau or bukit kokol kota kinabalu. Kalau  nak mencabar kat bukit kokol lah. Bagi kami yang tak pro maka kat ranau ja la...selamatttt....haha

kami bergerak dari Kota Kinabalu tepat jam8 pagi dan tiba di site paragliding dalam sekitar jam11 pagi..sepatutnya boleh sampai awal disebabkan kasut saya tertinggal terpaksa putar balik..and then saya pun kena lah belanja breakfast untuk menyenangkan hati kawan2 saya pada masa itu..nasib naik baru di area tuaran...haha..

ok lah tak tahu nak tulis apa lagi.. cuma tempat ini betul-betul AWESOME....

Sebelum terbang gambar ramai-ramai dulu..:-)

kat sini pun boleh buat camping..

nasib baik siap juga tempat tidur kami bertiga..hoho

malam berbeque bersama tandem paragliding

                            suasana pagi di lohan valley..sejuk gilarr, tapi tak tahulah                                          napa dua guy tu tahan pakai short pant ja.haha


before sunrise..jadi model dulu di atas awan...haha

abaikan manusia dalam gambar...just lihat tu view...cantikkannn...

before sunrise

sunrise dah nak muncul...So beautiful ..

SUBHANALLAH!! indahnya ciptaan Allah swt...

lompat..jangan tak lompat...

yeahhhh...finally we are great one..Luv from lohan valley..

yeahh..gred sudah..lepas ni boleh jadi tandem paragliding..yuhuuu




Monday 28 December 2015

~CPR~Bantuan Pernafasan

Assalammualaikum,


Hi reader, harap hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru selesai tengok movie 'The Wave Bolgen'. Tak payah tengok kat pawagam tengok kat depan lappy ja. pergi google 'hdmovie zone' dalam situ macam-macam cerita best ada.  Tapi jangan tengok cerita yang bukan2 lah...heeee

Oh ya! berbalik pada movie yang saya baru nonton. Best juga lah ceritanya taklah saya menguap atau tertidor. saya bagi 3 star from 5star. Movie ini lebih kurang ceritanya pasal ombak besar (dah tajuk wave confirmlah pasal ombak)haha. Ending cerita ini ada kaitan dengan post saya hari ini iaitu pentingnya ilmu CPR. Nanti U alls try lah tengok movie ini tak rugi pun. hihi

Betapa pentingnya kita tahu buat CPR yang betul. Manalah tahu tiba-tiba ada orang yang berhampiran kita memerlukan bantuan CPR terutamnya family or kawan2. Saya pun sebenarnya tak tahu macam mana nak buat CPR..hahaha... akhirnya Mr. BFgoogle pun bagi lah tunjuk ajar cara yang betul. Maklumat ini saya ambil dari www.panduanmalaysia.com - nak lagi lanjut boleh terus kat web tu.

Apa itu CPR (Bantuan Pernafasan)? 
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

CPR Bantuan Pernafasan

CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan


  • 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

  • 2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

  • 3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

  • 4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).

  • 5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

  • 6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.

  • 7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

Info grafik sumber: myMetro



 Harap maklumat ini bergunalah kepada sesiapa yang memerlukan...Peace..


Sunday 27 December 2015

True beauty concept~facial

Assalammualaikum,

Hi reader or just tumpang lalu kat blog ni..nak kongsi satu tempat facial budget n good service di kota kinabalu. Yang paling penting dekat dengan rumah saya..yeahh..

bukan senang mau cari tempat facial yg murah n terbaik. Saya baru ja balik dari buat rawatan muka. Memang terbaik lah beautician yang rawat muka saya tadi. Ini lah kali pertama orang picit jerawat langsung tidak sakit,teliti n sampai bersih dia kerjakan muka saya tadi..selalunya kalau bab2 kena picit jerawat ni confirm mata n hidung nangis tak berlagu..haha..tapi kali ini memang terbaiklah dan berbaloi..Murah,tak sakit lagi, tempat facial yang teramat2 selesa n then muka pun terus nampak ceria..hahaha..

Saya buat refreshing facial rm45~ betul2 terus refresh ni muka..berbaloi kan harganya.

Produk meraka gunakan dari germany. Oh my germany my favourite football team. Tambah semangat mahu promote kedai ini...πŸ‡©πŸ‡ͺπŸ‡©πŸ‡ͺπŸ‡©πŸ‡ͺ(pastikan germany menang euro 2016)

Nama kedainya "True beauty concept" beralamat di "lot 5, blok A menggatal plaza, tuaran road"..siapa2 yg tengah cari tempat facial boleh lah try facial kat situ..Tapi setakat ini facial yang paling best saya pernah buat di marie france tpi harganya pun memang paling best jugalah..(faham2 lah maksudnya)..hihi

Ini antara pakej yang ada..





Yang ini pula dia suruh saya try "camomile Ampoule sheet mask" sebab muka saya jenis yang teramat2 sensitif. Rm10~try ja la mn tau ok..hihi

Harap maklumat ini berguna kepada sesiapa yang tengah pening cari tempat facial..selamat mencuba..

Saturday 26 December 2015

~Old story~

'Life must go on'~cerita lama

Ku lihat luar jendela..Wah cantiknya bulan...Aku Senyum dan  teringat cerita lama dalam orang putih 'old story' lah mcm tu..hihi...mengingat yang lama itu lah menguatkan diriku sekarang

Kekuatan tu Allah yang bagi, kalau Allah tak hadirkan mungkin tidak semudah itu bangkit dengan jayanya..

Sentiasa ingat, jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga balik hubungan sesama kita.

selalu dengar perkataan 'its okey,aku ok ja', 'tak apa benda dah lepas' itu menunjukkan kita tengah bersabar dan berusaha untuk redha. 

Sabar itu mudah terucap dibibir, tapi hakikatnya kita sebagai manusia, selalu mengehadkan kesabaran itu, sabar itu indah namun sakitnya tuhan saja yang tahu.

sabar lah ada cerita cinta yang indah Allah rencanakan buat kita. Sabar dan percaya!  

Kita harus redha dengan setiap kesedihan yang hadir dalam hidup kita

Bersyukur dan jgn sesekali mengeluh. Anggap ujian itu adalah Tanda cinta Allah kepada kita.

Paling penting DOA..banyakkan berdoa kepadaNYA..Yakinlah setiap ujianNYA pasti berakhir dengan bahagia..bahagia di dunia dan paling best bahagia di akhirat kelak..Amin..:)

Thanks old story, kau menciptakan pengajaran yg paling indah untuk ku teruskan perjalanan hidup ini..

Sekarang musim moonlight..cantikkan. hope future bright like moonlight...


DOA

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...

Kumulakan coretan ini dengan sebuah Doa.


DOA

BiLa SeDih  ---  DOA

BiLa GeMbiRa --- DOA

BiLa KoSonG --- DOA

BiLa BaHagiA ---- DOA

Hebatnya sebuah doa  mampu menghubungkan sesuatu yang jauh, melintasi ruang dan waktu. Allah akan pertemukan doa-doa kita untuk saling mencintai antara satu sama lain. Yakinlah dengan doa pasti Allah akan makbulkan. Tapi doa yang baik-baik saja ia..hihi...

Sebuah doa boleh mengeratkan cinta seorang insan kepada Tuhan yang Maha esa.

"Ya Allah, semoga aku sentiasa berjalan mengikut perintahmu, amin"