Saturday 12 March 2016

~hiking bukit tirig~

Halooooo...

Lama tak buka blog...busy memanjang..kali ini saya mahu share hiking di bukit tirig...

Bukit Tirig terletak di Kg. Lapasan Telipok, Kota Kinabalu sabah. Ada dua laluan kalau hendak pergi sana; laluan pertama dari kelapa bakar salut dan laluan kedua dari jalan rugading tempat pembuangan sampah. Tapi kami ikut laluan ke2 sebab lagi cepat sampai..hahaha..

Arah lalaun pertama senang ja; ikut jalan kelapa bakar - jumpa signboard kampung lepasan - jalan terus sampai jumpa church - so parking lah kat situ dan boleh memulakan pendakian.

Laluan kedua pula; ikut jalan rugading - masuk simpang pertama sebelah kiri - jalan terus sampai jumpa station bus colour putih - masuk simpang kanan ada signboard 'ke tirig' - jalan terus sampai jumpa signboard "jalan ke tirig" dilekat di pokok kelapa dan mulakan pendakian.

Hiking bukit ini tidaklah terlalu mencabar..tidak penat pun..cuma viewnya memang cantik sangat...sesuai kalau buat  wedding photo sini..tapi setakat ini bukit yang paling cantik saya pernah hiking, bukit kristal kundasang..nantilah saya share pasal bukit kristal..

Okey seperti biasa jom tengok fotonya:-
Signboard dekat station bus

Signboard permulaan pendakian

Wefie dulu seperti biasa..hoho

akan jumpa lambang salib tak ingat berapa banyak..



jap lagi mahu sampai puncak..dekat ja...

sini pun ada bendera juga...

keunikan bukit ini, banyak pokok pelik+cantik..haha








bebehh lah sangat..hahaha

boleh buat aksi bollywood kat sini..hoho

cantikkan pokoknya..yang 3 orang tu bidaa terutamanya baju orange..hahah

seperti basa aktiviti wajib..lompatttt...hahaha

sini wajib bergambar kalau hiking bukit tirig...

mahu balik sudah..panassss dahh...

boboiiii..we will come again...

Next hiking tak tahu lagi nak hiking bukit mana....cadangan bukit kopungit....


~Look Deep Into Nature And Then You Will Understand Everything Better~ albert einstein

#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory




















No comments:

Post a Comment