Wednesday 14 September 2016

~hiking bohey dulang~

Assalammualaikum..

hi panda!!!!..sebelum naik bukit tengkorak kami naik bohey dulang dulu..itulah sampai lari timing..haha..

Ini kisah kami berlima yang buat trip percutian singkat di semporna selama 2D1N..biar singkat tapi berbaloi sangat..mana tak berbaloi kalau dapat round bohey dulang,pulau mantabuan,pulau sibuan,bukit tengkorak dan ronda2 pekan semporna..kalau nak jimat hotel kena booking online sebab kalau walk-in memang  mahal dan tak berbaloi dengan rupa hotel..haha.(kami dah kena..huhu)...makan seafood kat sini pun mahal sangat mungkin kawasan ini banyak pelancong..tak tahu lah mana tempat murah kat sini..kawan cakap dekat masjid kat pekan..itu pun dapat tahu lepas sampai kk,,hahaha..hampeh...

sebelum masuk bab hiking, baik cerita kos hangus trip singkat:
1.tiket flight: RM118 ulang alik
2.Kereta Sewa:RM150/5
3.Minyak kereta:RM50/5
4.Pakej 3 pulau:RM100 seorang
5.hotel:RM95/3 (sebab kami 3 org prempuan kongsi bilik..jimat..hihi)
*next time duduk hostel ja lagi jimat...kat semporna pun ada hostel juga..aku pun baru tahu..hahaha

total hangus: RM290 tidak termasuk makan..jimat kan..nasib baik tiket flight murah masa tu..

sudah cerita pasal kos..sekarang kita cerita pasal hiking kat bohey dulang..tempat ini memang salah satu syurga semporna..cantik gila..tak sangkah aku boleh sampai sini..biarpun banyak berita mengatakan tempat ini tak selamat..tapi memang bahaya jugalah dengan kes penculikan yang berleluasa di pulau-pulau semporna...sebenarnya kalau ikutkan ajal tu tak mengira masa dan tempat..pandai2 ingatlah..:)..Anggap sajalah kami bertuah pada hari itu...Syukur Alhamdulillah..

Pulau bohey dulang kecantikannya terletak dipuncak bukitnya..So kalau nak yang indah kena lalui yang sukar dulu barulah namanya kenangan terindah yg confirm takkan lupa sampai bila2 pun..ciaciacia....kalau pernah naik bukit perahu tamparuli lebih kurang lah juga dengan bukit bohey dulang..tapi lagi adventure bukit perahu..ketinggian bukit bohey dulang 600m..


selfie dulu sebelum sampai jeti

ini hero group percutian singkat..jetinya dah diperbaiki..sebelum ini memang rosak teruk..


dalam boat jumpa dua member baru lagi..so group kami ada 7 orang semua


sampai jeti bohey dulang..

muka semangat gila..haha

ini laluan ke starting point bukit bohey dulang..kalau nak ke toilet belok kiri..

Sebelum memulakan pendakian, guide akan bagi penerangan dulu dalam macam-macam bahasa..hebat ini guide..haha

ini starting point bohey dulang

bagus ini bukit banyak tempat berpaut..

take a break..

View trail bohey dulang

ini namanya tangga penyeksaan..faham-fahamlah maksudnya..

peak of bohey dulang..yuhuuuu

SubhanaAllah Syurga Dunia

andai kau ada sini..boleh la kita buat aksi titanic..ciaciacia..mau mampus..hahah

yang lain belum sampai lagi..so selfie/wefie terus...hahah

okey..dia dah sampai...haha

satu orang tak mampu naik..tak apa cuba lagi next year..huhi

itu guide kami...yusuf namanya..kacakkannnn..bukan yang pegang monopod tu ia..yg tu hore tamil..gurau ja ia nizam....hahah..

Group foto

kat tangga penyeksaan ini lah kamu nak selfie bagai..aduhaii.....hahaha

Selesai kat bohey dulang, seterusnya kami dibawa ke pulau ke2..pulau mantabuan..di sini baru kami lunch..Pulau ini biasa saja..tak ada yang menarik..cuma tempat persinggahan untuk makan dan minum..tak ada jual makanan kat situ ia..makanan akan disediakan oleh guide.

air laut di pulau-pulau semporna memang cantik

nasib baik ada pokok tumbang kat situ..bolelah buat gaya ala-ala hipster..hahah

Group foto lagi

dia lagi...penghibur ini..luv u ampal..hahaha

Ini pulau ke3 dan terakhir untuk pakej yang kami ambil..pulau ini memang cantik sangat..namanya pulau sibuan..nak snorkeling kat sini best..pantai dan air laut dia paling awesome..

pantai dia memanjang ke dasar laut

test sjcam lagi...haha

muka dah tebakar...hahaha

memang panas tahap gaban time ni..jam 2pm tu..

cantikan air lautnya

bila dia dah pegang monopod..hahah

wefie terus

dan lagi..
lagiii..paling winn..kalau dia pegang monopod..siaplah..hahaha

aku paling suka gambar ni..sebab nampak view keseluruhan pulau..tapi kenapa ada spoil betul kat situ..aku perasaan pun dah sampai rumah...sabar sajalahhh..huhuhuhuhu


jaguh snorkeling
lihat view nya jgn tengok modelnya bidaaa...hahha
kami dah sunburn..so jom balik...boboiii....huhuhuh


"Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil"


#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory

~Hiking Bukit Tengkorak~

Assalammualaikum

hi panda!!!..Wah..mcm lama sudah tak update blog..okey kali ini nak share hiking kat bukit tengkorak semporna..jauh kan tapi tak sejauh bukit broga..ini masih dalam kawasan sabah lagi..ngeee.siapa yg ada kesempatan wajib datang tempat ni..sebab view kat sini cantik gila..tak rugi datang sini...trust me.:)

Bukit ini sebenarnya geleri warisan arkeologi..terdapat muzium di starting point..jika hendak mengetahui sejarah 3000 tahun lalu apa yang berlaku di atas bukit ini bolehlah masuk dalam muzium...kami tak sempat pun masuk muzium sebab masa sangat limited..dah lah kereta sewa nak kembalikan awal..hampehhh betul....dalam kepala otak nak sampai puncak ja..heee..memang tak puas tengok view bukit tengkorak masa tu..tak apa next time confirm aku akan datang sini lagi..huhu

Bukit ini dibuka untuk orang awam bermula jam9am-5.00pm..jika sampai di starting point tepat jam5pm mereka tak benarkan naik..suruh datang keesokan harinya..kami dah kena..hahaha..nak sampai sini guna waze..nampak signboard tampi-tampi masuk lah situ..

Trail bukit ini ikut tangga..tapi faham-fahamlah kalau guna tangga time hiking..seksanya tuhan ja yang tahu..nak sangat kan..orang yang melaluinya ja yang faham maksud seksa tu...hahaha..

kami naik bukit ini dalam jam4.30pm dan turun dalam jam5.50..niat di hati nak tengok sunset tapi owner kereta dah call..hampeh..sabar sajalah..hahaha..silap kami juga sebab janji mahu hantar dalam jam6.30pm...tapi dapat hantar dalam jam7.45pm...itupun kawan dah driving  tahap gaban dari semporna ke airport tawau..hihi..minta maaf banyak2 ia owner kereta...kami teramat teruja tengok view bukit ini sampai lupa timing..mana singgah solat lagi..apanya tak lambat...heee..lupakan..next time tak berlaku lagi kesilapan seperti ini..:)

ba tak tahu nak tulis apa lagi..otak pun dah membeku hampir sebulan tak tulis blog..biar gambar berbicara pula..ciss..hahaha

kawasan parking

starting point "naik tangga"..heee

Muzium kat belakang tu..ni lah kereta sewa kami guna..hahaha

geng hiking kali ini..satu orang tak tahu d mana sudah...

kat mana-mana pun confirm jumpa batu pelik


view bukit tengkorak..cantikkannn

ini model bukit tengkorak..haha

dia lagi..haha

puas hati..ko paling win kali ni..hahaha


yuhuuuu

test guna SJCAM5000X..memang xX lah sgt hasilnya..hihi


macam mana kami tak teruja kalau view macam ni..hahah

ini view  pekan semporna..view ini boleh tengok half pendakian
cintaku pada mu seindah laluan ini..ciaciacia..

pasti aku akan datang sini lagi dengan cinta yang pasti..fall in luv terus..


“When I let go of what I am, I become what I might be.” – Lao Tzu

#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory