Wednesday 16 August 2017

~HIKING KUMINANGKAD WATERFAL~

Assalamulaikum..

Hi world๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜....long time no conteng-conteng here...sori baru ada hati mahu update my outdoor life..(penyakit malas melanda๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ดhoho)..kali ini saya mahu share pengalaman hiking+jungle trekking di Kuminangkad Waterfall yang terletak di Kg. Melangkap Kota Belud sabah. Ada dua cara untuk pergi sini sama ada melalui Kota Belud ataupun Tamparuli. Kalau jalan dari kota kinabalu lebih baik ikut jalan Tamparuli and then ikut by pass Ranau-KB sebab lagi dekat dan jimat masa (lebih kurang 45 minit - 1 jam). Tapi kalau bermula dari Kota Belud  teruskan sajalah perjalanan ke Kg. Melangkap (KB-Melangkap 45 minit).

Kalau berminat untuk datang ke sini boleh berhubung terus dengan guide tempat ini iaitu follow FB:NariouCraft and Eco Tourism atau boleh buka link https://www.facebook.com/kuminangkad/.
Kamu boleh dapat no.phone guide di situ dan boleh bertanya  pakej-pakej yang mereka sediakan. Kos untuk pakej Kuminangkad waterfall, yuran kemasukan RM10 seorang dan guide RM65 untuk 5 orang. Limited satu kumpulan hanya 20 orang sahaja.

Jarak perjalanan untuk sampai ke air terjun adalah lebih kurang 4.7KM mengambil masa 2½ - 4 jam. Air terjun ini ada 3 tingkat yang berukuran lebih kurang 200ft. Memang sengsara juga mahu sampai ini tempat. Trail medaki lebih banyak semasa menuju ke air terjun, kawasan lembab dan sangat licin maka silalah pakai kasut yang bersesuaian. Laluan paling ekstrem masa mahu sampai air terjun. So sentiasalah berhati-hati jangan sampai tergelincir. Faham-fahamlah laluan air terjun memang gila..hahaha..orang-orang yang sukakan adventure memang sangat-sangat disarankan untuk datang sini. Rasa sakit kaki,sakit badan semua akan hilang bila tengok view air terjun kuminangkad dan rasa sendiri betapa nyaman,bersih dan fresh sangat airnya. Silalah datang sini para hikers,peneroka,penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam segala.....

Guide yang sangat-sangat baik, alam yang tidak mengecewakan, adventure trail serta pemandangan yang mendamaikan...High Recommended..selebihnya tengoklah gambar di bawah...๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ



Berkumpul Di Shell Tamparuli
Taklimat dari guide

Fokus semua dengar taklimat..
 
๐Ÿ’•View Starting Point๐Ÿ’•

Foto Group

Awal-awal lagi sudah mendaki..huhu

Hentian pertama

kesihan si kawan kapus-kapus juga mahu naik sini..huhu

Hentian ada toilet..

Sini masih segar lagi..haha
Banyak Laluan anak sungai
Pokok paling besar. Siap ada gua suda terbentuk..
Sampai dah...muka penat dan kelaparan..haha
mahu naik air terjun tingkat paling atas mesti mendaki batu yang sangat licin..
view air terjun dari tingkat no.2
anak air terjun di sebelah kanan air terjun utama

 view air terjun dari tingkat paling atas...sejuk dan kuat angin.


time to back๐Ÿ˜

hati girang..tapi fikiran serabut memikirkan jalan balik yang ekstrem..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…huhu

yeah dapat sijil..semua berjaya sampai dan selamat kembali..CONGRET๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘..

Pada keesokan harinya semua orang sakit badan termasuklah saya...(hahaha padan muka)...ada juga yang trauma mahu join hiking lagi... Sebab ada beberapa kawan saya yang join baru 1st time hiking..Sorry Guys never expected dia punya trail gila macam tu, gudie tu cakap ' senang ja, semua jalan rata'...entah di mana ratanya...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚hahahah..apapun pengalaman dan moment itu penting untuk hari-hari mendatang...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š..KBAI until next time๐Ÿ’–๐Ÿ’–


~Make new good memories and replace all the bad ones~

 

#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory