Tuesday, 2 August 2016

~hiking Grey Hill~

Assalamualaikum..

Hi panda!!!...kali ini, mahu share hiking di grey hill..hipsterkan namanya..nama sebenar bukit ini 'Tompinangan Trig Hill'..tak tahulah kenapa bukit ini lagi famous dgn nama grey hill..

Bukit ini terletak di Topokon Tuaran..laluan ke sana sama seperti ke bukit kapur tapi mesti melalui jalan Topokon Tuaran bukan jalan Tamparuli..boleh juga kalau dari Tamparuli tapi jauhlah....untuk detail laluan ke sana seperti ini:
  • Roundbord Tuaran Tamparuli- jalan terus ke Tuaran.
  • Jalan terus lagi ke KB jgn masuk Pekan Tuaran sampai jumpa simpang Topokon sebelah kanan.
  • Masuk simpang Topokon, jalan lurus sampai jumpa signbord Lembaga Industri Getah Sabah(jangan masuk simpangnya), jalan lurus saja dalam 5 minit nampak tu tayar sebelah kiri..parking tepi2 situ atau masuk dalam pun boleh juga..
  • Starting Point tengok gambar lah..haha..susah lah mahu explain arah jalan dalam wording.kikiki..

Hiking kali ini memang adventure..kami hiking buat pertama kalinya dalam hujan....punya sejuk gila..di sebabkan hujan turun half pendakian so terpaksalah teruskan saja...jadi faham-faham sajalah kalau view tak seberapa....tapi view bukit ni boleh tahan jugalah..lebih kurang view bukit botak..rasanya bukit ini masih belum ramai lagi hikers datang sini. So para hikers bolehlah beraksi di sini..trail bukit ini tidaklah susah sangat pun kalau tidak hujan...biasa saja..okeylah habis sudah idea..hahaha
 
Jom tengok gambar yang tak seberapa.tengok gambar lagi memudahkan pemahaman bersama..:-)

boleh parking tepi-tepi jalan

tayar ni boleh nampak dari jalan raya

sebelum memulakan hiking, wefie dulu..hihi

hujan macam mahu turun..

itu starting pointnya..belakang rumah orang ia..hoho

laluan ke starting point..

kalau jalan terus akan nampak pagar berkunci, so belok kanan..



akan jumpa dua simpang seperti ini..ikut sebelah kiri

trail dia lebih kurang mcm inilah

kalau jumpa pintu gerbang macam ini..maksudnya ikut laluan yang betul sudah..

hujan sudah..huhu

berteduh sekejap

cantik kan..view sebelum sampai puncak

naik ke puncak..agak mencabar sikit..

ini puncak grey hill..viewnya lebih kurang mcm view bukit botak

setiap bukit di kk mesti ada lambang di belakang tu..

group poto lagi..

cantik bukit ini sebab penuh lalang...

satu-satunya pokok besar atas bukit ini..cantik ia...

mahu balik sudah..memang kami basah kuyup time ni..


mood menggigil..hahah

terserempak dengan ketua kampung..memang terbaiklah orangnya..(peramah)
mood: tak sangka kami boleh hiking time hujan..hahah...deabak..
view semasa turun bukit
jom balik...sejukk...

cafe wajib kami singgah kalau hiking area tamparuli & tuaran..sup/tomyam nya memang terbaik..'Bakut'




"There’s no such thing as bad weather, only inappropriate clothing"
`Sir Rannulph Fiennes`



#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory

No comments:

Post a comment