Saturday, 9 January 2016
~Dear Single~
~just remind Myself~
Friday, 8 January 2016
~Ar-Rahman~
Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia. Berulang kali, Allah memberi peringatan kepada kita; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?
Melalui surah ini Allah telah memperingatkan kita supaya sentiasa tidak lupa dan bersyukur atas nikmat yang Allah telah berikan. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang kufur nikmat Allah. Jelas dan nyata dalam surah ini telah menekankan
(Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?)..adakah ayat ini tidak jelas lagi?...kita sebagai manusia telah di bagi akal untuk berfikir apa yang baik dan buruk maka ikutlah jalan yg diredhai Allah..Tiada lain yang didamba selain redha Allah swt.
Kelebihan Surat Ar Rahman:
1. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menenteramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya.
Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Mishary Rashid Al-Afasy – Surah Ar-Rahman terjemahan BI
~Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?~
#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
Monday, 4 January 2016
~Monday Blues~
'Jika cinta pada manusia itu tidak berbalas, Tuhan itu sentiasa ada untuk membalas' Pilihlah DIA sebagai tempat pertama cinta kita. Kerana cinta DIA itu tidak berpenghujung. Percayalah...
#LuvFromHeaven
#LuvFrom Palopo
Wednesday, 30 December 2015
~hiking Bukit Perahu~
hi world, Alhamdulillah hari ini cuaca baik sangat. Sesuai lah kalau mahu keluar ronda-ronda. Hari ini nak kongsi pengalaman hiking kat Bukit Perahu Tamparuli. Cara nak pergi tempat ni senang saja : masuk pekan tamparuli - lalu jambatan tamparuli - dewan serbaguna tamparuli - n then jumpa sign board St. Veronica's Hill macam dalam gambar pertama saya share - mula hiking... Kalau tak jumpa juga paling senang tanya ja penduduk kampung kat situ..hahaha
Jika anda peminat hiking saya cadangkan hiking di Bukit Perahu. kalau dikatakan mencabar bagi saya taklah mencabar sangat tapi lagi best berbanding bukit padang.
kami memulakan hiking jam6.30pagi. Sepatutnya mahu tengok sunrise tapi disebabkan ada member yang bangun lambat maka sunrise say good bye lah..hahah...tak apa next time ada lagi...hihi..Kami sampai di puncak Bukit Perahu lebih kurang jam7.40am. Rupanya atas sini sejuk gilaaa...jadi dinasihatkan jangan pakai pakaian nipis sangat.
Okey seperti biasa, jom lihat fotonya..:-p
![]() |
| Sebelum hiking gambar dulu. Sini permulaan Pendakian Bukit Perahu |
![]() |
| pastikan pakai kasut yang sesuai. Time naik memang tak terasa sangat tapi time turun jalan licin sangat |
![]() |
![]() |
| tanda-tanda mau 'give up' sudah tu baju purple..hahaha |
![]() |
| Baru separuh bukit perahu |
Tuesday, 29 December 2015
~paragliding~
ok lah tak tahu nak tulis apa lagi.. cuma tempat ini betul-betul AWESOME....
![]() | |
| suasana pagi di lohan valley..sejuk gilarr, tapi tak tahulah napa dua guy tu tahan pakai short pant ja.haha |
![]() | |
| yeahhhh...finally we are great one..Luv from lohan valley.. |
| yeahh..gred sudah..lepas ni boleh jadi tandem paragliding..yuhuuu |
Monday, 28 December 2015
~CPR~Bantuan Pernafasan
Hi reader, harap hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru selesai tengok movie 'The Wave Bolgen'. Tak payah tengok kat pawagam tengok kat depan lappy ja. pergi google 'hdmovie zone' dalam situ macam-macam cerita best ada. Tapi jangan tengok cerita yang bukan2 lah...heeee
Oh ya! berbalik pada movie yang saya baru nonton. Best juga lah ceritanya taklah saya menguap atau tertidor. saya bagi 3 star from 5star. Movie ini lebih kurang ceritanya pasal ombak besar (dah tajuk wave confirmlah pasal ombak)haha. Ending cerita ini ada kaitan dengan post saya hari ini iaitu pentingnya ilmu CPR. Nanti U alls try lah tengok movie ini tak rugi pun. hihi
Betapa pentingnya kita tahu buat CPR yang betul. Manalah tahu tiba-tiba ada orang yang berhampiran kita memerlukan bantuan CPR terutamnya family or kawan2. Saya pun sebenarnya tak tahu macam mana nak buat CPR..hahaha... akhirnya Mr. BFgoogle pun bagi lah tunjuk ajar cara yang betul. Maklumat ini saya ambil dari www.panduanmalaysia.com - nak lagi lanjut boleh terus kat web tu.
Apa itu CPR (Bantuan Pernafasan)?
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.
CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.
Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan
- 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
- 2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.
- 3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.
- 4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).
- 5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.
- 6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.
- 7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.
Harap maklumat ini bergunalah kepada sesiapa yang memerlukan...Peace..



























