Monday 28 December 2015

~CPR~Bantuan Pernafasan

Assalammualaikum,


Hi reader, harap hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru selesai tengok movie 'The Wave Bolgen'. Tak payah tengok kat pawagam tengok kat depan lappy ja. pergi google 'hdmovie zone' dalam situ macam-macam cerita best ada.  Tapi jangan tengok cerita yang bukan2 lah...heeee

Oh ya! berbalik pada movie yang saya baru nonton. Best juga lah ceritanya taklah saya menguap atau tertidor. saya bagi 3 star from 5star. Movie ini lebih kurang ceritanya pasal ombak besar (dah tajuk wave confirmlah pasal ombak)haha. Ending cerita ini ada kaitan dengan post saya hari ini iaitu pentingnya ilmu CPR. Nanti U alls try lah tengok movie ini tak rugi pun. hihi

Betapa pentingnya kita tahu buat CPR yang betul. Manalah tahu tiba-tiba ada orang yang berhampiran kita memerlukan bantuan CPR terutamnya family or kawan2. Saya pun sebenarnya tak tahu macam mana nak buat CPR..hahaha... akhirnya Mr. BFgoogle pun bagi lah tunjuk ajar cara yang betul. Maklumat ini saya ambil dari www.panduanmalaysia.com - nak lagi lanjut boleh terus kat web tu.

Apa itu CPR (Bantuan Pernafasan)? 
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

CPR Bantuan Pernafasan

CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan


  • 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

  • 2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

  • 3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

  • 4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).

  • 5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

  • 6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.

  • 7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

Info grafik sumber: myMetro



 Harap maklumat ini bergunalah kepada sesiapa yang memerlukan...Peace..


No comments:

Post a Comment