Monday, 20 March 2017

~Hiking Bukit Merlin @ Morokoling~

Assalammualaikum..

Hi๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹ Cinta๐Ÿ’–...wahhh macam lama saya tidak update blog....sibuk punya pasal...seperti biasa kalau update blog mesti pasal hiking..haha..okey kali ini saya mahu share hiking di Bukit Merlin @ Morokoling di Kg.Saradan Tenghilan. Dua kali saya naik ini bukit,1st tak jumpa puncak and 2nd time successful...Unik nama bukit ini seunik penoramanya...siapa tengok cerita Merlin..nah gitulah adventure naik Bukit Merlin..๐Ÿ˜Š...silalah para hikers mencuba nasib untuk hiking disini...confirm lemak2 tepu hancur bederai..hahaha..

Untuk 1st time saya naik ini bukit bersama 3 orang lagi rakan yang hanya berdasarkan pelan diperolehi dari FB. Kali ini memang kami main redah sajalah ceritanya. Kami sampai di kg.saradan sekitar jam 7.00am.  Fokus utama kami adalah mencari reban ayam sebab situlah starting poing, itupun berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi. Dipendekkan cerita, kami tidak jumpa pun itu reban ayam. Bagaimanapun, orang kampung tunjuk kami jalan melalui dewan. Sampai ja di dewan terjumpa lagi dengan 3 orang hikers yang mempunyai tujuan yang sama dengan kami. Rupanya mereka pun tidak menemui reban ayam..haha๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Okey bermulalah pendakian kami melalui dewan tanpa mengetahui laluan tersebut telah pun tertutup kerana sudah lama tidak dibersihkan (Mungkin penduduk kg. yang cadangkan kami naik dari situ pun tidak tahu keadaan sebenar trail dari dewan itu). Hampir 5 jam kami melalui laluan tanah merah dan hutan tapi puncak bukit merlin tetap tidak ditemui  kerana laluan teramat-amat semak dan tidak selamat untuk diteruskan, atas faktor keselamatan kami pun berpatah balik. Mungkin bukan rezeki untuk sampai ke puncak merlin lagi. Untuk sesiapa yang gemarkan adventure maka naik ikut trail ini tapi pastikan use gloves,cap,topeng muka dan bawa peralatan seperti parang. Untuk sampai ke puncak lebih kurang 3-4 jam(berdasarkan maklumat penduduk kampung).

2nd time saya naik bersama group hiking 'Sabah Travel'. Sepatutnya ada guide yang turut serta dalam pendakian ini, tapi disebabkan ada family guide meninggal so terpaksa kami main redah lagi dan hanya berdasarkan maps yang di lukis oleh guide. Syukur alhamdulilah kali ini we successful reach the peak..yeahhh๐Ÿ˜š๐Ÿ˜Ž...hahaha. Memang susah jugalah mahu cari starting point kalau ikut reban ayam sebab reban ayam itu di bahagian dalam tidak akan kelihatan dari jalan raya utama. Ikut trail ini mengambil masa 1 jam untuk sampai puncak. Tahap kesusahan sederhana berbanding trail depan dewan.

Cara untuk sampai ke starting point bukit ini bermula dari Kg.Tenghilan. kamu cari dulu Kg.Tenghilan dan masuk ke pekannya. Lepas tu, jalan terus sampai jumpa jambatan Kg.Saradan(ada signboard). Simpang pertama sebelah kanan berhampiran jambatan adalah simpang masuk ke trail dewan. Dewan boleh nampak dari jalan utama. Untuk trail ke reban ayam jalan terus dalam 500m ke depan dan akan ada naik bukit. Kamu akan lihat rumah kayu sebelah kiri atas bukit dan sebelah kanan ada simpang masuk berdepan dengan pondok ada signboard hijau yang ada saya tunjukkan dalam gambar di bawah. Kamu masuk simpang itu, akan nampak reban ayam sebelah kiri atas bukit dan jalan terus lebih kurang dalam 300m ada simpang sebelah kiri. Disitulah starting point Bukit Merlin. Keadaan laluan simpang itu terus mendaki. Sorry susah sangat mahu explain sebab buat masa ini belum ada sebarang signboard/tayar/tanda ke starting point bukit ini๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™ Oh ya! pasal parking, kalau masuk drive ke simpang reban ayam sebenarnya boleh ja tapi untuk keselamatan tayar kereta baguslah parking di luar simpang saja. kalau masih tidak jumpa juga ini bukit, rajin-rajinlah bertanya dengan penduduk kampung situ. Orang kampung situ semua baik-baik.

Mengikut pengalaman yang saya ada, Saya nasihatkan kamu ikutlah laluan dari reban ayam...Betapa seksanya kami ikut laluan dewan๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚HAHAHA...(padan muka)

Ini gambar 1st time saya hiking yang tidak jumpa puncak:-

-1st laluan akan melalui tanah merah seperti ini-

-rehat sebentar. Perjalanan masih jauh lagi-
-time ini masih segar lagi-

 -okey mula sudah masuk ke laluan hutan-


 -semua sudah kepenatan..tengok sampai tebaring-baring lagi..haha-



Yang ini gambar 2nd time saya hiking. Syukur Alhamdulillah kali ini saya berjaya sampai ke puncak. Walaupun peta yang dilukis sedimikan rupa, tapi banyak membantu juga..haha..

peta istimewa dari guide (hanya aku yang faham)..hoho

 pondok yang ada singbord hijau dan masuk simpang 
depannya akan nampak reban ayam seperti gambar di atas.


-nanti kamu jumpa batu ini-


-Selepas reban ayam, kamu jalan terus sampai nampak simpang sebelah kiri. 
Situlah starting point bukit merlin-


-Sepanjang laluan akan ada tanda tali putih dan jumpa satu pondok seperti gambar di atas-


 -okey ini view sepanjang jalan ke puncak bukit merlin-


 -view pokok mati yang amat menerujakan. Boleh nampak laut juga (ntahlah laut ka atau tasik๐Ÿ˜†)-


-antara kawan paling fit kalau hiking-

-cantikkan kan pokok-pokok mati tu..๐Ÿ˜๐Ÿ˜
family foto..romantik gila๐Ÿ’—๐Ÿ’—(tukang gambar jeles๐Ÿ˜ญ)haha

 -panasnya minta ampun ia....tapi view memang awesome-

-penorama yang menerujakan-




-View dari puncak-

Puncak yang menghampakan. Nasib baik ada bawa parang bolehlah sesi pembersihan dilakukan. View dari puncak sebenarnya memang cantik tapi disebabkan tidak terjaga maka view pun menghampakanlah..haha...


selesai sesi pembersihan dilakukan. okeylah ada view sikit..hihi
-time to back-

 Perjalan pulang yang sangat hot..hahaha

 -jauh parking jauhlah jalan kaki..sabar sajalah..haha-

-kami parking kereta tepi jalan raya ja-

Okeylah cukup setakat ini sahaja yang saya boleh suarakan (macam wakil rakyat pula rasanya)..panjang lebar kali ni iaaa...hahaha...harap dapat membantu kepada hikers yang ingin hiking di bukit ini...Bye love until next time yeah๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•...


Good judgment comes from experience. Experience comes from bad judgment. Evan Hardin



#LuvFromHeaven
#LuvFromPalopo
#HikingStory